Mengikut panduan yang kastam Australia dah tetapkan hasil ihsan pakcik Google, nak masuk Australia ni tak boleh bawak makanan atau minuman yang bersusu. Hmm, kalau ada baby macamana? Sebenarnya kalau ada baby boleh bawak TAPI dengan syarat kena declare. Nanti waktu dalam flight, kita akan dapat satu kad untuk declare sama ada kita ada bawak makanan atau ubat-ubatan. Yang penting jangan tipu je. Kalau tipu yang jadi masalah tu. Dengar cerita, dekat sana ada satu rancangan TV nama 'Australian Borders' kot. Kalau aku tak salahla. Program ni tunjuk video orang yang kantoi dengan kastam masa dekat airport. Sangat over kan? HAHA.
Masa aku jejak je kaki kat Coolongata Airport, berdebar gila kau. Family aku siap bawak 1 luggage yang ada makanan sahaja. Kitorang memang asingkan makanan dalam satu beg sebab fikir macam ni, kalau kena tahan pun takyah nak kena check sume beg. Tapi kalau kena tahan, habisla 1 beg tu kena buang. Owh ngeri!
Mula-mula ingat nak cerita the whole trip dalam 1 entri je. Sebab ada potensi tak akan bercerita lagi. KAHKAHKAH. Tapi disebabkan kekeringan kosa kata untuk bercerita, aku share sikit-sikit dulu ek.
Penerbangan dari LLCT ke Coolongata Airport mengambil masa lebih kurang 8 jam. Flight dari sini pukul 9.30 malam macam tu kot. Cerita dah sebulan lalu, aku pon dah tak ingat exactly pukul berapa. HAHA. Tapi around that figure lah kot. Memandangkan nak masuk Australia ini amat sangat tidak longgar atau dalam bahasa pendeknya sangat ketat dan strict, haruslah check in awal-awal. Tapi hakikatnya kastam dan imigresen di Malaysia ni taklah terlalu strict macam dekat sana. Cuma tak nak beratur lama-lama.
Walaupun time aku pergi ni bukan musim cuti sekolah or festival ke apa, ramai giler orang nak ke sana. Tapi mostly mereka
Baiklah, ini adalah entri basi yang agak outdated memandangkan ianya dah la berkepuk dalam draft. Kesibukan melampau menjelang musim periksa menyebabkan hanya mampu upload gambar je kat fesbuk. Nampaknya, azam untuk buat AT LEAST satu entri dalam seminggu hanya menjadi angan-angan. Hanya satu entri dalam sebulan berjaya menjadi realiti T__T
Percutian hujung minggu ini adalah sangat singkat. pergi hari jumaat, balik hari ahad. As if dari KL balik kampung dekat Penang je. Tapi kali ini bukan hanya menyeberangi Jambatan Pulau Pinang, tetapi Laut China Selatan dan Selat Melaka eh eh eh tipu je. HAHA. Kami pergi Gold Coast, Australia yang perlu merentasi Kepulauan Jawa di Indonesia itu.
Memandangkan kami bertolak pada Jumaat malam dan sampai di Coolongata Airport pada hari Sabtu keesokannya, tempoh kami ada dekat Gold Coast adalah sekitar 3 hari 2 malam sahaja. Jadi boleh lah dinamakan percutian ini sebagai Destinasi Bajet. HAHA.
Nak tau kenapa bajet?
Hai hai hai. Hari ni terlebih rajin pulak nak wat lagi satu entri. Jadi addicted pulak. OK, tipu. Tengok esok lusa mesti bersawang balik belog ni. HAHA. Sebenarnya aku terbaca satu info best giler pasal buah-buahan. Aku puin nak belog aku ni jadi informative jugak. HAHA. Banyak jugak yang aku baru tahu sebab selama ni tahu MAKAN je. Eleh, korang pun sama je kan ;pP
Mari masuk kelas aku sekarang. HAHA.
Carrot.
Erm, dalam BM apa ek. Lupa sudah. Don't blame me. Aku blaja sains pakai bahasa mat saleh dari Form 1. HAHA. Ha, baru ingat. LOBAK. Cuba tengok betul-betul gambar ni. Sehiris lobak ni nampak macam mata kan. Nampak macam ada pupil, iris kat situ. Dan EfWaiAi, carrot sangat bagus untuk mata sebab dia lancarkan perjalanan darah dan meningkatkan fungsi mata ^_^
Tomato.
Kalau pernah potong tomato mesti korang perasan ada macam 4 chamber dalam tomato. Kalau tak pernah potong nampak sangat tak penah masak. HAHA. Kantoi di situ. OK, kasi can la. Tomato kaler apa? Merah makngah la. JAntung juga merah walaupun tak berapa makngah dan ada 4 chamber jugak. Banyak kajian bagitahu tomato terbahekk untuk jantung dan darah. Baik makan tomato daripada badan macam tomato kan.
Anggur.
Apa yang korang bayangkan? Anggur ni bila dalam selonggok ni nampak macam jantung. Anggur yang kecil-kecil tu kan macam blood cells. Dan bila korang tanya haji google, anggur ni macam vitamin untuk jantung dan darah. Kalau nak bukti depan
mata, tengok pengganggur kat Malaysia ni. Sehat-sehat belaka.
Kidney Bean.
Actually heals and helps maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.
Actually heals and helps maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.
Celery, Bok Choy, Rhubarb.
Nampak macam tulang. Dan memang sayur-saur ni menguatkan tulang. Kalau dalam diet tak cukup sodium, badan kita amek sodium dari tulang. Sebab tu jadi lemah. Celery semua nilah yang ganti balik keperluan tulang kita. Mari raikan dengan daun saderi! Eh, sama ke dengan celery?
Eggplant, Avocados and Pears. .
Sangat bagus untuk wanita atau perempuans. Macam bentuk dia sendiri yang macam rahim dan serviks kita. Kalau seorang wanita makan sebiji avocado untuk seminggu, hormonnya akan seimbang, terhindar dari kanser serviks dan apa yang penting, it sheds unwanted birth weight. Yang aku rasa sangat unik pasal buah ni, ia memerlukan 9 bulan untuk bertumbuh dari tunas kepada buah yang masak. Adakah ianya satu kebetulan? =)
Buah tin.
Penuh dengan biji-biji dan bila besar, dia macam tergantung berpasangan. Buah tin bagus untuk kaum adam sebab dia tingkatkan motiliti dan kandungan sperma. Jadi, boleh mengatasi masalah kemandulan untuk lelaki.
Ubi keledek.
Nampak macam pankreas dan ia sebenarnya menyeimbangkan tahap gula untuk pesakit diabetis. Sape-sape ada hyperglycemia patut cuba amalkan.
Buah zaitun.
sangat bagus untuk ovari.
sangat bagus untuk ovari.
Buah Citrus.
Macam buah oren tu nampak macam mammary glands. Kalau tatau mammary glands tu apa sila google translate ye ;pP Buah ni bagus untuk breasts health and the movement of lymph in and out of the breasts.
Bawang Merah.
Sebijik macam sel badan kita. FYI, ia membuang sume sisa-sisa toksik dalam badan kita.
Jadi makanlah buah banyak-banyak. Kalau ada yang rasa nak diet tapi susah nak lawan nafsu, time lapar makanlah buah. It really works. Aku pernah gemuk satu ketika dahulu. HAHA. Eish, kantoi. Aku try buat camtu dan agak menunjukkan hasil yang baik.