Dikuasakan oleh Blogger.

syakirahaha

Tall tales of being short


Ini adalah pecahan entri terakhir tentang Australia. Dah tak larat nak story banyak-banyak. Cerita dah masuk angin. Tengok gambar je lah. Boleh la sumbang idea sikit tempat-tempat yang korang boleh pergi kalau melancong ke Gold Coast nanti. HAHA. Gambar syok sendiri bakal meledak di sini. Harap bertahan hingga hujung nyawa ;)

Surfers Paradise adalah sangaaat AWESOME. sangat cantik. sangat indah. yang paling penting, sangat bersih. Sepanjang aku kat sana, jarang nampak sampah kat jalanraya atau mana-mana pun.
Share
Tweet
Pin
Share
1 + 13 orang cakap²

Sebulan sebelum nak naik kapal terbang, aku mula survey apa yang boleh dan yang tak boleh di Australia ni. Bila baca entri blogger lain yang dah ada pengalaman bercuti ke sana, nampak macam susah gila nak bawak makanan kat sana sebab kastam mereka sangat tegas. Kalau makanan yang dibawa tak lepas, putih mata tengok makanan tu kena buang macam tu je T__T

Mengikut panduan yang kastam Australia dah tetapkan hasil ihsan pakcik Google, nak masuk Australia ni tak boleh bawak makanan atau minuman yang bersusu. Hmm, kalau ada baby macamana? Sebenarnya kalau ada baby boleh bawak TAPI dengan syarat kena declare. Nanti waktu dalam flight, kita akan dapat satu kad untuk declare sama ada kita ada bawak makanan atau ubat-ubatan. Yang penting jangan tipu je. Kalau tipu yang jadi masalah tu. Dengar cerita, dekat sana ada satu rancangan TV nama 'Australian Borders' kot. Kalau aku tak salahla. Program ni tunjuk video orang yang kantoi dengan kastam masa dekat airport. Sangat over kan? HAHA.

Masa aku jejak je kaki kat Coolongata Airport, berdebar gila kau. Family aku siap bawak 1 luggage yang ada makanan sahaja. Kitorang memang asingkan makanan dalam satu beg sebab fikir macam ni, kalau kena tahan pun takyah nak kena check sume beg. Tapi kalau kena tahan, habisla 1 beg tu kena buang. Owh ngeri!

Share
Tweet
Pin
Share
No + 13 orang cakap²

Mula-mula ingat nak cerita the whole trip dalam 1 entri je. Sebab ada potensi tak akan bercerita lagi. KAHKAHKAH. Tapi disebabkan kekeringan kosa kata untuk bercerita, aku share sikit-sikit dulu ek.


Penerbangan dari LLCT ke Coolongata Airport mengambil masa lebih kurang 8 jam. Flight dari sini pukul 9.30 malam macam tu kot. Cerita dah sebulan lalu, aku pon dah tak ingat exactly pukul berapa. HAHA. Tapi around that figure lah kot. Memandangkan nak masuk Australia ini amat sangat tidak longgar atau dalam bahasa pendeknya sangat ketat dan strict, haruslah check in awal-awal. Tapi hakikatnya kastam dan imigresen di Malaysia ni taklah terlalu strict macam dekat sana. Cuma tak nak beratur lama-lama.



Walaupun time aku pergi ni bukan musim cuti sekolah or festival ke apa, ramai giler orang nak ke sana. Tapi mostly mereka
Share
Tweet
Pin
Share
9 + 13 orang cakap²
Baiklah, ini adalah entri basi yang agak outdated memandangkan ianya dah la berkepuk dalam draft. Kesibukan melampau menjelang musim periksa menyebabkan hanya mampu upload gambar je kat fesbuk. Nampaknya, azam untuk buat AT LEAST satu entri dalam seminggu hanya menjadi angan-angan. Hanya satu entri dalam sebulan berjaya menjadi realiti T__T

Percutian hujung minggu ini adalah sangat singkat. pergi hari jumaat, balik hari ahad. As if dari KL balik kampung dekat Penang je. Tapi kali ini bukan hanya menyeberangi Jambatan Pulau Pinang, tetapi Laut China Selatan dan Selat Melaka eh eh eh tipu je. HAHA. Kami pergi Gold Coast, Australia yang perlu merentasi Kepulauan Jawa di Indonesia itu.

Memandangkan kami bertolak pada Jumaat malam dan sampai di Coolongata Airport pada hari Sabtu keesokannya, tempoh kami ada dekat Gold Coast adalah sekitar 3 hari 2 malam sahaja. Jadi boleh lah dinamakan percutian ini sebagai Destinasi Bajet. HAHA.

Nak tau kenapa bajet?
Share
Tweet
Pin
Share
5 + 13 orang cakap²
Older Posts

About Me

About Me
"... seorang gadis petite yang sedang berjuang dengan pen dan kertas demi mengejar impian #PhDsebelum30 "

Topics

Blog Archive

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates