Gold Coast, Australia – PART 2

by - Sabtu, Januari 01, 2011


Sebulan sebelum nak naik kapal terbang, aku mula survey apa yang boleh dan yang tak boleh di Australia ni. Bila baca entri blogger lain yang dah ada pengalaman bercuti ke sana, nampak macam susah gila nak bawak makanan kat sana sebab kastam mereka sangat tegas. Kalau makanan yang dibawa tak lepas, putih mata tengok makanan tu kena buang macam tu je T__T

Mengikut panduan yang kastam Australia dah tetapkan hasil ihsan pakcik Google, nak masuk Australia ni tak boleh bawak makanan atau minuman yang bersusu. Hmm, kalau ada baby macamana? Sebenarnya kalau ada baby boleh bawak TAPI dengan syarat kena declare. Nanti waktu dalam flight, kita akan dapat satu kad untuk declare sama ada kita ada bawak makanan atau ubat-ubatan. Yang penting jangan tipu je. Kalau tipu yang jadi masalah tu. Dengar cerita, dekat sana ada satu rancangan TV nama 'Australian Borders' kot. Kalau aku tak salahla. Program ni tunjuk video orang yang kantoi dengan kastam masa dekat airport. Sangat over kan? HAHA.

Masa aku jejak je kaki kat Coolongata Airport, berdebar gila kau. Family aku siap bawak 1 luggage yang ada makanan sahaja. Kitorang memang asingkan makanan dalam satu beg sebab fikir macam ni, kalau kena tahan pun takyah nak kena check sume beg. Tapi kalau kena tahan, habisla 1 beg tu kena buang. Owh ngeri!


Nak lepas masuk tu pun payah gila. Bila dah cop kat pasport tu ingat kan dah lepas. Rupanya kena tanya pulak lagi macam-macam dengan pegawai kastam diorang. Dia tanya datang watpe, bape orang, duit bawak byk mana, bla bla bla… Pegawai tu macam tak caye pulak ngan kitorang. Siap mintak dokumen yang membuktikan kitorang ada booking apartment. Dengar cerita, Australia ni byk immigrant yang masuk tak reti-reti nak keluar balik. Sebab tu lah kastam mereka begitu. Tapi alhamdulillah, akhirnya lepas jugak.

Masa nak amek luggage semua tu, ada lagi orang akan tanya ada bawak makanan ke tak, MILO, atau apa-apa jenis yang berbentuk 3in1. Nasib baikla aku dah study pasal semua tu. Takdelah nak cari nahas nak bawak. Masa nak blah tu, ingatkan dah settle semuanya, tiba-tiba diorang bawak anjing besar menghala kat aku. Berderau kau! Anjing atau DETECTOR DOG tu dah memang dilatih untuk kesan makanan. Dah la dia gi kat kaki. Menggeletar aku. Aku pun dengan spontan mengundur ke belakang. Lagi la anjing tu datang dekat. Custom officer tu pulak membebel,

STAND STILL! STAND STILL!
HAHA. Tapi memang bersyukur sangat kitorang punya luggage tak kena check langsung. Maksudnya, takde lah kena bukak beg check semua barang satu persatu. lepas anjing tu lompat-lompat kat sume beg, kami semua dilepaskan. LEGA! Nak tau apa kami bawak?
  • Brahim's Kari Ayam dan Daging, Rendang Ayam dan Daging (makanan instant yang macam tentera ni. makanan ni dalam pek aluminium. tinggal masukkan dalam air panas dan tadaa! dah boleh makan)
  • Beras MAHARAJA (macam yang aku cerita dalam entri yang ini)
  • Yeo's Kari Ayam (sama macam Brahim's punya tapi dia dalam tin)
  • Serunding Ayam dan Daging (serunding ni yang dalam paket komersial macam AgroMas punya. Kalau letak dalam bekas plastik macam beli kat pasar malam memang kena buang lah kat airport)
  • Sardin dan tuna. Yang ni last sekali dalam list sebab aku tak makan tuna dan sardin. *boikot*
Agaknya sebab semua ni factory sealed anjing tu tak leh bau kot. Aku memandai je. HAHA. Dah keluar dari tempat membuang makanan tu, kami cari kereta sewa. Kalau nak buat online booking, tengoklah company yang established dan kukuh. Walaupun mungkin banyak yang lain offer harga lagi murah, kita tak tau mereka ni boleh dipercayai ke tak sebab kebanyakannya akan minta kita bayar dulu. Kalau tak jadi, kena tipu ke apa kan dah jadi masalah. Contoh yang okay macam Hertz, Europcar, Budget. Syarikat ni semua ada juga cawangan kat Malaysia. And if kita dah booked, tak perlu nak bayar deposit dulu pun. Dah sampai nanti, amek kereta baru diorang charge. 


Sebenarnya dah booking kereta tu masa kat Malaysia lagi. Dapatlah offer online discount. Masa tu mintak Nissan Sentra kot. Aku pun tak ingat dah. Abang ipar yang uruskan. Tapi, kereta sedan kan biasanya 5-seater je. Dekat Australia ni, undang-undang jalan raya sangat tegas. Satu seat untuk seorang je walaupun baby. Tak boleh main riba macam kat Malaysia ni. Baby mesti duduk diam-diam dalam car seat yang untuk baby tu. Dan semua yang dalam kereta mesti pakai seat belt walaupun duduk kat belakang. Jadi, tinggal angan-angan je la nak pakai kereta mahal sebab kami 6 orang termasuk Qistina yang baru setahun setengah tu. Teruk kena bebel dengan staff company tu. HAHA. Last-last terpaksa sewa MPV. Kat sana takde pulak company sewakan Avanza. Cuma ada Toyota Tarago. Kalau kat Malaysia, kita panggil Toyota ESTIMA.

Dapat kereta, terus pergi shopping. Shopping makanan je la. Pergi supermarket WOOLWORTHS beli susu, roti, nutella demi memastikan tak payah makan kebab semata-mata. Jalan-jalan dekat area Q market. Ingatkan kat Malaysia je ada Maggi, Ovaltine dan MILO, rupanya kat sini pun ada*naif gila*

Buah yang ada kat sini besaaarr punya! Ibu rambang mata nak beli semua. HAHA. Well, ibu saya sangat menjaga diet pemakanan. Kalau sehari tak makan buah, rasa ada je yang tak kena. Beliau makan nasi pun sehari sekali. Alhamdulillah walaupun dah lebih 50 tahun, ibu saya tak de penyakit jantung atau darah tinggi atau kencing manis. Anak dia ni je yang asyik melantak sampai boleh gain weight 5kg dalam masa seminggu T__T
Cukuplah cerita fasal makan. Sambung nanti dalam PART 3 yang tah bila akan ter-publish. HAHA.

You May Also Like

0 + 13 orang cakap²