Proses Daftar Bersalin di PPUM

by - Ahad, Julai 19, 2020

Hi Assalamualaikum! Lama tak bersiaran kat sini. Daripada last post sebelum kahwin, dah kahwin, dah ada anak sorang. Sampai nak masuk anak no 2 dah ni. Hahaha. Sebenarnya banyak je benda nak cerita kat sini sebagai tempat simpan kenangan dan memori. Tapi tulah, setakat ni semua post tu tersimpan dekat draft sebab asyik tulis separuh jalan 😹


So kalini aku bertekad dan berazam nak tulis sampai ke garisan penamat. Kahkah!

So ini cerita pasal macamana nak booking untuk bersalin di PPUM. PPUM ni adalah teaching hospital dan ianya adalah separa kerajaan. Walaupun dia separa kerajaan, prosedur dia tak sama macam hospital kerajaan ya. Nak bersalin kat sini tak boleh main redah je datang bawak buku pink cakap 'saya nak beranak sini.' Silap-silap diorang boleh reject kau suruh pergi hospital lain. Nak bersalin kat sini kena tempah awal-awal untuk pastikan kau ada katil time nak bersalin nanti. Dan seperti aku dah ingatkan tadi, PPUM ni hospital mengajar, jadi kau tak boleh pilih-pilih doktor dan maybe akan ada student yang tengok masa kau bersalin. So bila dah tau mengandung, bincanglah segera dengan pasangan korang nak bersalin kat mana. Bila dah buat keputusan awal, boleh tempah hospital awal. Jadi kuranglah risiko hospital pilihan korang reject sebab slot booking masa EDD tu dah penuh. Tapi kalau decide untuk bersalin di hospital kerajaan tak payahla pening kepala nak booking mana sebab hospital kerajaan memang tak payah booking kecuali kalau korang ambil pakej yang FPP (Full Paying Patient).

So, dah decide nak bersalin di PPUM? Ini aku kongsikan pengalaman nak booking kat sini. Jom kita start.

1. Aku pergi kaunter untuk booking masa kandungan baru 12 minggu. Sebelum ni ada dengar ramai juga yang cakap tak payah pergi awal sangat. Dalam 5 bulan baru pergi. Tapi masa aku pergi tu kebetulan anak yang sulung ada appointment dekat Klinik Pediatrik. Wad/Klinik  bersalin dengan wad/klinik kanak-kanak di PPUM bukan dalam bangunan utama. Kalau korang tak biasa, boleh datang pakai waze, cari 'Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak PPUM'. Dekat situ ada parking basement tapi kalau datang lepas pukul 8, good luck lah nak cari parking. Situ parking kena bayar pakai kad TouchnGo sajoo. So alang-alang dah dekat bangunan yang sama, sementara nak tunggu turn anak aku jumpa doktor tu aku cakap dekat husband aku nak pergi booking bersalin kejap. 

2. Sampai dekat klinik, ambil nombor giliran. Pilih Tempahan Bersalin. Masa tu aku cuma bawa buku pink dengan Mykad je. Biasanya untuk booking ni takdela tunggu lama sangat. Bila nombor giliran dah dipanggil, dia tanya la detail tentang pregnancy. Jadi silalah ingat kau punya last menstrual period tu bila ya. Kalau dah ada buku pink senangla sebab detail semua dah ada dekat cover depan buku tu kan. Masa ni petugas kaunter akan bagi borang untuk kau isi tentang maklumat diri kau dan pasangan/waris. Tarikh appointment doktor pun dia akan bagi masa ni. Aku punya appointment doktor dia bagi lambat jugak. Meanwhile check up dekat KKIA kena teruskan juga macam biasa. Kandungan dah 5 bulan kot baru set jumpa doktor. Lepas tu kau kena turun bawah dekat bahagian ultrasound untuk set appointment untuk scan pulak. Kebetulan masa ni kandungan aku masih awal, sempatlah set appointment untuk buat NT scan. NT scan ni biasanya dibuat masa kandungan berusia sebelum 14 minggu untuk tengok risiko baby down syndrome. Alhamdulillah so far semuanya normal.

2. Borang yang dah dapat tu, kena baca betul-betul dan isikan. Kau akan hantar balik borang tu, duit upfront untuk booking, dan dokumen berkaitan masa hari yang kau sepatutnya datang untuk appointment doktor tu. Tahun 2018 aku bersalin anak sulung dulu, booking RM500. Kali ni tengok dah naik RM1000. If kau ada GL, masa ni kena bawak sekali. Kalau masa first time datang tadi mungkin tak sampai setengah jam boleh settle, kali ni baik allocate sehari untuk appointment ni. Biasanya tunggu nombor untuk pendaftaran tak lama. Yang jenuh menunggu nanti masa nak ambil darah dengan jumpa doktor la. Walaupun check up dekat KKIA dah kena ambil darah, dekat sini pun masih kena ambil darah dan buat ujian air kencing. Don't worry nurse kat sini akan guide mana nak pergi dulu. Kalau boleh bawaklah makanan sikit untuk dikudap-kudap waktu menunggu. Lapar wehhh menunggu ni. Kalau tak bawak pun takpe, dekat lobi bangunan WaKaKa ni ada kedai runcit dengan bakery jugak.

3. Kalau ikut pengalaman bersalin 2018 dulu, kos bersalin normal dalam RM500++. Aku dulu forcep assisted, so lain sikit harganya. Tapi sebab masa tu ada GL, masa nak discharge husband bayar RM 10 untuk maternity pad sebab yang tu tak cover dalam GL lol. Yes masa ni maternity pad dengan baby diapers disediakan oleh PPUM. So takyah bawak pun takpe Tapi masuk bil la eh. Here's the bill breakdown. Ni masa 2018 lah. Aku rasa tahun ni kos rawatan dah naik sebab deposit pun dah naik kan. Nanti dah bersalin aku update balik okayy.

Doakan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan ya!

You May Also Like

0 + 13 orang cakap²