PUSPAKOM

by - Isnin, Januari 30, 2017

Hai! Minggu lepas Kiraa ke PUSPAKOM Glenmarie untuk buat pemeriksaan. Kenapa nak buat PUSPAKOM inspection ni? Okay, Kiraa plan nak jual Viva kesayangan yang banyak berjasa ni. Sangat besar jasanya walaupun tak sampai setahun Kiraa pakai kereta ni. But it's time to move on.

So, untuk anda yang bercadang nak jual kereta kepada orang persendirian (bukan used car), first thing first, kena lulus pemeriksaan di PUSPAKOM. Kalau tak buat ni, kereta anda tak boleh dipindah milik.

Untuk buat pemeriksaan ni, Kiraa nasihatkan buatlah appointment dulu untuk booking slot. Sebab kalau datang lepas tu tak dapat buat sebab penuh, buang masa, buang minyak, buang tenaga je kan.

Macam Kiraa pula, Isnin lepas call PUSPAKOM untuk set appointment. Ingatkan boleh la dapat the next day. Sekali bila call, kebanyakan cawangan penuh sampai minggu depan. Yang ada slot hari Rabu petang dekat kat Padang Jawa atau Glenmarie. So Kiraa set dekat Glenmarie sebab dekat sikit nak pergi berbanding dengan Padang Jawa.

So ni hari kejadian. Beriyaa Kiraa keluar pukul 3, estimate sampai 3.30 petang camtu. Ingatkan sampai awal, settle awal la kan. Dah sampai tu, nampak ada slot parking kosong betul-betullll depan PUSPAKOM ni. Happy ever after la kita nii sebab ingat dah booking, tinggal register pastu terus masuk. Baru nak keluar dari kereta je, datang sorang staf PUSPAKOM.

"Cik nak buat apa ya?"
"Nak buat inspection untuk tukar nama"
"Cik kena beratur dekat belakang sana (tunjuk 2 blok dari situ)"
"Tapi saya dah buat appointment. Pukul 4."
"Ye cik, ni yang beratur ni ada buat appointment dari pukul 2 lagi."





KAH! Meleset sangkaanku. Pergilaa pusing belakang untuk queue. Ada la dalam lebih 15 kereta macam tu kot depan Kiraa 🤣🤣🤣

Dah sampai dekat dengan pintu masuk, pergi bawak geran asal untuk register. Ada satu borang kena isi. Masa nak register tu Kiraa rasa rare species sangat sebab semuaaa lelaki jaa kat situ. Kebanyakannya runner daripada syarikat used car dan ejen kereta. Kalau korang jual kereta ke used car memang senang sebab semua ni diorang yang uruskan. Tapi takpe, pengalaman baru untuk Kiraa.

So borang tadi dengan geran tu nanti kena bawak ke kaunter masa nak buat bayaran. Caj untuk buat inspection ni adalah RM 31.80.


Aherher. So moral of the story, datanglah lebih awal daripada yang sepatutnya. Nak tau pukul berapa kereta Kiraa dapat turn untuk inspection? 

Jeng jeng jeng ...

Dah pukul 5.05 pm dan Kiraa masih di sini, menunggu giliran untuk diperiksa. Bertabahlaaa 💪💪💪

Update:
5.19pm dekat platform, 5.22pm dah keluar. Dapat result? 5.34pm.

Gedebak gedebuk redah jem, salah jalan lagi, akhirnya nak dekat Maghrib baru sampai rumah 🤦‍♀️


macam ni lah rupa laporan pemeriksaan tu. bila dah lulus, baru boleh buat urusan JPJ pula.

You May Also Like

0 + 13 orang cakap²