My (not so) new life

by - Khamis, November 10, 2016

Hai.

Dah lama gila aku tak menulis creative writing macam ni. Skil menulis pun dah berkarat. Kadang-kadang rasa macam ada banyakk sangat benda nak share dengan orang lepas tu terdetik "Nanti nak tulis dalam blog lah". Lepas tu haremmmm non ado. Biasalah, manusia. Eh, bukan. Biasalah, syakirah. Aherher.

Kenapa tiba-tiba je nak buka blog balik? Ntah. Aku rasa aku kena asah balik skil menulis aku. Caranya memang kena menulis lah. Tak ada cara lain dah. Be it tulis karangan, diari, assignment, or even social media updates (facebook, twitter, instagram). Semuanya medium yang baik untuk menulis. Syaratnya konsisten je. Aku pilih untuk start balik tulis blog sebab...

aku rasa nak tulis kat blog je. haha.

somehow bila tulis kat blog ni akan paksa kau untuk menulis dengan berstruktur. maksud aku bukanlah struktur macam karangan SPM ada pendahuluan, isi, dengan penutup tu. bila menulis kat blog ni, kau akan susun dulu apa benda kau nak kongsi dalam ni. kalau dibandingkan dengan medium macam facebook ke twitter, kat situ ada kebarangkalian tinggi untuk merepek je tulisannya. mungkin bukan semua orang, tapi aku ada tendency macam tu. kat facebook dah la friends & followers dari pelbagai circles. family, lecturers, colleagues, kawan rapat, kawan tak berapa rapat, kawan-pernah-jumpa-sekali-je masa-event dan macam-macam lagi lah. jadi tak sesuai la nak tunjuk status-status yang tak berapa professional kan. hehe. kadang-kadang status updates kita boleh mencerminkan personaliti kita yang sebenar. so, be careful with social media.

cukuplah mengarut dulu untuk post yang pertama pada tahun 2016 ni. haha. last sekali aku menulis dulu kat blog ni masa 2013. kalau budak baru lahir masa tu pun dah pergi playschool dah sekarang ni. kah! aku pun bila flashback balik, daripada tahun 2013 sampai 2016, banyak sangat benda dah berubah. satu benda je la belum berubah lagi, aku still single. hahaha. harap-harap tahun 2017 nanti status aku berubah. kbai.

You May Also Like

0 + 13 orang cakap²