Siapa Klik Dia Awesome

Gold Coast, Australia – PART 3

by - Sunday, January 02, 2011


Ini adalah pecahan entri terakhir tentang Australia. Dah tak larat nak story banyak-banyak. Cerita dah masuk angin. Tengok gambar je lah. Boleh la sumbang idea sikit tempat-tempat yang korang boleh pergi kalau melancong ke Gold Coast nanti. HAHA. Gambar syok sendiri bakal meledak di sini. Harap bertahan hingga hujung nyawa ;)

Surfers Paradise adalah sangaaat AWESOME. sangat cantik. sangat indah. yang paling penting, sangat bersih. Sepanjang aku kat sana, jarang nampak sampah kat jalanraya atau mana-mana pun.
Ada sekali tu, aku nampak orang biasa, maksudnya bukan cleaner ataupun pekerja Alam Flora yang bersihkan sampah dekat longkang. Penduduk sini macam tak kisah pun untuk kutip sumpah. Susah nak nampak budaya macam tu kat Malaysia kan. Sejujurnya, aku memang jatuh cinta dengan tempat ni.

Walaupun masa ni musim panas, suhunya adalah sekitar 15-19 degree Celcius pada waktu siang. Angin sepoi-sepoi bahasa je. Kitorang yang tak biasa ni, asyik susah hati masa kat pantai sebab tengok cuaca macam nak hujan je. Tapi dari start kitorang jalan pergi pantai tu sampai balik apartment, tak hujan langsung. HAHA.

One thing yang aku tak berapa puas hati. Barang souvenir kat Gold Coast ni kebanyakannya 'Made in China'. Sebab tu aku rasa macam tak berbaloi plak beli. Boleh dapat benda yang sama pada harga yang lebih rendah kat Malaysia. Cuma bezanya, ada perkataan Australia. Susah nak cari barang yang memang Australian made sebab Australia takde kilang. Jadi, aku sekadar beli key chain, t-shirt dan beg sebagai souvenir untuk kawan-kawan kat Malaysia. T-shirt tu pun payah gila nak cari yang berkenan sebab kalau yang murah semua design tak cantik dan kain tak best.

Yang best lagi kat sini, kalau nak lintas jalan. Pemandu kat sini semua sangat menghormati pejalan kaki. Walaupun kita tak lintas kat zebra crossing, mmereka akan dengan senang hatinya berhenti untuk beri kita laluan. Kalau kat zebra crossing, ada orang tunggu je tepi jalan tu, terus kereta berhenti. Kalau kat Malaysia? Hmph, selagi takde traffic light, selagi tu kereta takkan berhenti.


Gold Man ni macam kat Bukit Bintang tu. Tak tau sapa tiru idea sapa. HAHA. Kalau orang tak bagi duit, dia akan berdiri tegak macam patung. Kalau setengah jam takde orang masuk duit, setengah jam la dia kaku. Pelik jugak aku tengok. Dia tak kebas ke.

Balik apartment.
Lapar.
Masak.
Makan.
Tidur.

You May Also Like

1 + 13 orang cakap²