Gold Coast, Australia – PART 1

by - Sabtu, Disember 04, 2010


Mula-mula ingat nak cerita the whole trip dalam 1 entri je. Sebab ada potensi tak akan bercerita lagi. KAHKAHKAH. Tapi disebabkan kekeringan kosa kata untuk bercerita, aku share sikit-sikit dulu ek.


Penerbangan dari LLCT ke Coolongata Airport mengambil masa lebih kurang 8 jam. Flight dari sini pukul 9.30 malam macam tu kot. Cerita dah sebulan lalu, aku pon dah tak ingat exactly pukul berapa. HAHA. Tapi around that figure lah kot. Memandangkan nak masuk Australia ini amat sangat tidak longgar atau dalam bahasa pendeknya sangat ketat dan strict, haruslah check in awal-awal. Tapi hakikatnya kastam dan imigresen di Malaysia ni taklah terlalu strict macam dekat sana. Cuma tak nak beratur lama-lama.



Walaupun time aku pergi ni bukan musim cuti sekolah or festival ke apa, ramai giler orang nak ke sana. Tapi mostly mereka
adalah Aussie. Seronokla shopping kat Malaysia. Barang murah beb. Tak aci T____T

Eh, lupa pulak. Nak cerita sikit persiapan ke sana. Untuk melengkapkan destinasi bajet ni. Perkara utama yang harus difikirkan selain kain baju ialah MAKANAN. Yeay, saya suka makan! Tapi nak makan dekat Gold Coast bukan senang macam dekat Pantai Dalam ye tuan-tuan dan puan-puan. First, hanya KEBAB sahaja yang paling mudah untuk didapati. Maksudnya bukan kedai makan kat sana jual kebab je, tapi kebab je yang HALAL. Dan harga untuk 1 kebab bukan RM 2.50 atau RM 3.00 macam dekat sini. Mari dekat, mari dekat.



See. Sekarang cuba convert kepada Ringgit Malaysia. Baik pergi makan buffet kat hotel kan. HAHA. Oklah, sebenarnya kalau pergi sana, cuba jangan convert. Kalau tak, memang kebulur la korang sebab rasa semua benda mahal. Tapi jangan la tak berhati perut langsung keluar duit. Nanti balik Malaysia kena makan maggi je. HAHA. tapi kalau ikutkan sebenarnya, aku rasa living cost kat sana macam lebih kurang sini je. Tapi sebab mata wang kita lagi rendah, sebab tu kita rasa mahal. Namun, ada sesetangah barang yang kalau convert duit kita pun, masih lagi rendah harga berbanding dekat Malaysia ni. contohnya, susu segar dekat sana sangat murah. Kalau untuk 3 liter, boleh dapat dalam AUD 3++ maksudnya dalam MYR 9++
Yang dekat Mydin ni pun susu segar 1 liter pun dah dekat RM 6 tau!


Jadi, untuk warga emas Malaysia yang memang tak lengkap hidup seharian kalau tak makan nasi, bawaklah beras siap-siap! Kau jangan gelak, ini serius okay. Tapi janganlah bawak sampai 10 kilogram punya. Nanti luggage banyak-banyak kena bayar extra lagi. Yang ni pon, kami bawak lebih kurang 2 kilo. Memang cukup-cukup je untuk 6 orang makan. Tapi kalau nak bawak, jangan beli yang loose kat kedai runcit tu. Kang tak lepas dengan kastam sana haru pulak. Alah, dekat Mydin ada jual yang 1 kg punya pek. Beras Basmathi Maharaja kot nama dia. Lepas tu beli la makanan instant yang macam tentera tu. Tinggal panaskan dalam air mendidih lepas tu terus siap. Yang penting, jangan bawak apa-apa yang 3in1 macam Milo atau apa-apa sahaja benda yang ada susu. Tapi kalau infant milk should be okay asalkan declare. Dan kat sana memang tak beli makanan langsung. Semuanya kami masak. Rasa macam kat Malaysia je. HAHA.
Ini adalah beras yang dimaksudkan. Picture: Google


Pasport dan visa. Perkara yang pertama kena make sure dah settle. Memandangkan Malaysia termasuk dalam negara Komanwel, jadi kita punya visa adalah dalam bentuk elektronik. Pergi je dekat travel agent cakap nak buat visa pergi Australia. Kena charge dalam RM 20 ke RM 30. If buat sendiri secara online, aku tak pasti berapa kena charge. Tapi aku pernah google dalam AUD 20 tak silap which costs you about MYR 60++


Perjalanan 8 jam dalam kapal terbang macam bas ekspres itu memang buat sakit badan bila sampai sana. Mujurlah waktu malam. Memang waktu nak tidur. Qistina pun walaupun awalnya asyik meragam boleh senyap sebab dia tidoooo je sepanjang malam. Kalau tak, haru jadinya!


Baiklah, badan dah letih. Nanti saya sambung lagi. Nighty nite!

You May Also Like

9 + 13 orang cakap²