Destinasi Bajet

by - Sabtu, Disember 04, 2010

Baiklah, ini adalah entri basi yang agak outdated memandangkan ianya dah la berkepuk dalam draft. Kesibukan melampau menjelang musim periksa menyebabkan hanya mampu upload gambar je kat fesbuk. Nampaknya, azam untuk buat AT LEAST satu entri dalam seminggu hanya menjadi angan-angan. Hanya satu entri dalam sebulan berjaya menjadi realiti T__T

Percutian hujung minggu ini adalah sangat singkat. pergi hari jumaat, balik hari ahad. As if dari KL balik kampung dekat Penang je. Tapi kali ini bukan hanya menyeberangi Jambatan Pulau Pinang, tetapi Laut China Selatan dan Selat Melaka eh eh eh tipu je. HAHA. Kami pergi Gold Coast, Australia yang perlu merentasi Kepulauan Jawa di Indonesia itu.

Memandangkan kami bertolak pada Jumaat malam dan sampai di Coolongata Airport pada hari Sabtu keesokannya, tempoh kami ada dekat Gold Coast adalah sekitar 3 hari 2 malam sahaja. Jadi boleh lah dinamakan percutian ini sebagai Destinasi Bajet. HAHA.

Nak tau kenapa bajet?

1. Penerbangan pergi balik menggunakan khidmat Air Asia X dimana tambang balik adalah RM0.00. Tapi Airport Tax adalah sangat mahal. Dan tambang pergi pun sedikit tidak murah. But, masih okay sebab balik da murah. Jadi campur tolak darab bahagi kuasa dua, total tiket pergi balik adalah RM800++.

2. Penginapan adalah PERCUMA. Hey, benda percuma itu sangat best kan? Macam mana boleh dapat percuma? Itu adalah urusan kakak saya. HAHA. Tapi kalau ada sesiapa teringin nak pergi, saya boleh cuba dapatkan service apartment 1 bilik dengan hanya RM250/malam. Apartment ni adalah fully-furnished. Maksudnya lengkap dengan katil, bantal, selimut dan cadar. Eh, itu memangla wajib ada kan. Kalau tak baik suruh tidur dekat airport je. Apalah kau. Haihs. Fully furnished maksudnya lengkap dengan kitchen utensils, dishwasher, machine washing washing machine, dryer, periuk belanga, microwave oven, iron dan macam-macam kelengkapan lain. Pergi sana tinggal bawak kain baju je. Bear in mind, harga yang saya tawarkan tadi dalam Ringgit Malaysia okay, bukan Dollar Australia yang conversion rate adalah 3 kali ganda tinggi dari duit Malaysia T___T

3. Tambahan senarai, sila tunggu cerita lepas ni. Jangan risau, kejap lagi saya upload entri yang itu. Janji tau!

You May Also Like

5 + 13 orang cakap²