CERITA GENG BUAH.

by - Isnin, Jun 21, 2010

Hai hai hai. Hari ni terlebih rajin pulak nak wat lagi satu entri. Jadi addicted pulak. OK, tipu. Tengok esok lusa mesti bersawang balik belog ni. HAHA. Sebenarnya aku terbaca satu info best giler pasal buah-buahan. Aku puin nak belog aku ni jadi informative jugak. HAHA. Banyak jugak yang aku baru tahu sebab selama ni tahu MAKAN je. Eleh, korang pun sama je kan ;pP

Mari masuk kelas aku sekarang. HAHA.


 Carrot. 
Erm, dalam BM apa ek. Lupa sudah. Don't blame me. Aku blaja sains pakai bahasa mat saleh dari Form 1. HAHA. Ha, baru ingat. LOBAK. Cuba tengok betul-betul gambar ni. Sehiris lobak ni nampak macam mata kan. Nampak macam ada pupil, iris kat situ. Dan EfWaiAi, carrot sangat bagus untuk mata sebab dia lancarkan perjalanan darah dan meningkatkan fungsi mata ^_^





Tomato. 
Kalau pernah potong tomato mesti korang perasan ada macam 4 chamber dalam tomato. Kalau tak pernah potong nampak sangat tak penah masak. HAHA. Kantoi di situ. OK, kasi can la. Tomato kaler apa? Merah makngah la. JAntung juga merah walaupun tak berapa makngah dan ada 4 chamber jugak. Banyak kajian bagitahu tomato terbahekk untuk jantung dan darah. Baik makan tomato daripada badan macam tomato kan.







Anggur. 
Apa yang korang bayangkan? Anggur ni bila dalam selonggok ni nampak macam jantung. Anggur yang kecil-kecil tu kan macam blood cells. Dan bila korang tanya haji google, anggur ni macam vitamin untuk jantung dan darah. Kalau nak bukti depan 
mata, tengok pengganggur kat Malaysia ni. Sehat-sehat belaka.











Kidney Bean.
Actually heals and helps maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.








Celery, Bok Choy, Rhubarb. 
Nampak macam tulang. Dan memang sayur-saur ni menguatkan tulang. Kalau dalam diet tak cukup sodium, badan kita amek  sodium dari tulang. Sebab tu jadi lemah. Celery semua nilah yang ganti balik keperluan tulang kita. Mari raikan dengan daun saderi! Eh, sama ke dengan celery?







Eggplant, Avocados and Pears. .
Sangat bagus untuk wanita atau perempuans. Macam bentuk dia sendiri yang macam rahim dan serviks kita. Kalau seorang wanita makan sebiji avocado untuk seminggu, hormonnya akan seimbang, terhindar dari kanser serviks dan apa yang penting, it sheds unwanted birth weight. Yang aku rasa sangat unik pasal buah ni, ia memerlukan 9 bulan untuk bertumbuh dari tunas kepada buah yang masak.  Adakah ianya satu kebetulan? =)







Buah tin. 
Penuh dengan biji-biji dan bila besar, dia macam tergantung berpasangan. Buah tin bagus untuk kaum adam sebab dia tingkatkan motiliti dan kandungan sperma. Jadi, boleh mengatasi masalah kemandulan untuk lelaki.







Ubi keledek.
Nampak macam pankreas dan ia sebenarnya menyeimbangkan tahap gula untuk pesakit diabetis. Sape-sape ada hyperglycemia patut cuba amalkan.









Buah zaitun.
sangat bagus untuk ovari.








Buah Citrus. 
Macam buah oren tu nampak macam mammary glands. Kalau tatau mammary glands tu apa sila google translate ye ;pP Buah ni bagus untuk breasts health and the movement of lymph in and out of the breasts.







Bawang Merah.
Sebijik macam sel badan kita. FYI, ia membuang sume sisa-sisa toksik dalam badan kita.



Jadi makanlah buah banyak-banyak. Kalau ada yang rasa nak diet tapi susah nak lawan nafsu, time lapar makanlah buah. It really works. Aku pernah gemuk satu ketika dahulu. HAHA. Eish, kantoi. Aku try buat camtu dan agak menunjukkan hasil yang baik. 


You May Also Like

2 + 13 orang cakap²